let God

Have you've been hit slump in your life? or currently going through it now? I believe everyone would go through that time at least once in their life. Because we are human after all. There will be an ups and downs in our life as we are created weak and in need of Him. Going through those time is surely tiring, you feel so overwhelms that you forget all the hopes within yourself. You forget all the words that you've read in Quran, or motivational books, or words from the scholars. Its not that you've never heard them, its just that you forget when all the trials suffocate and weakens your inner self. Because we're human. But because we're human, thats why Allah send us trials. Is it because He hate us? or is He neglecting us? NO and NEVER. In fact, it was a gift for us.

Do you remember the story of Prophet Yusuf a.s.? He have been thrown away by his own siblings, been imprison because of the things he didn't do, but later on became a powerful king. Do you remember the story of Prophet Nuh a.s.? He have been preaching for 950 years, but his people won't listen and instead being called 'crazy' that he is building a ship on a desert. How about our beloved Prophet Muhammad s.a.w.? He have been through a kill threat, stoned, and lost his three beloved ones while spreading Allah's messages. But all of them were success in their duty after a period of time. If Allah will, He could make it happen in a blink of an eye. But instead, He holds a perfect timing for a things to happen. Because He knows well, while we're not..

He said in every trials, there is ease (Al-Insyirah: 5&6). In every trials, there is a blessing awaits. The harder the trials is, the bigger the rewards. It might not easy, and it might be long; but put your trust in Him. He is preparing something special for you ahead. During this trials, keep trying, keep praying and keep reciting His letters to you so that you wont be sway by the devil. Lets wait for the time when He decided perfect for you to accept the special gift. Keep believing, stay strong, and let God...

lets not meet each other..

"do you ever wanna run away?
get scared you lost your faith
wondering if its gonna stop on you
walk out on you, yeah i do too.."

Lagu I do too daripada The Recklaw telah menjadi lagu kegemaranku sejak akhir-akhir ini. Liriknya begitu terkena dihatiku di kala ini. Di kala kadang aku ingin lari dari semuanya, dan terkadang cuba untuk kuat menelan segalanya. Saat ini biar berapa banyak hujah yang aku muntahkan, rasanya tiada siapa pun yang benar-benar mengerti perasaanku. Tiada patah kata yang mampu aku ujar untuk menggambarkannya. Aku tahu setiap yang Dia tentukan pasti ada hikmahnya, tetapi sebagai manusia biasa aku juga terkadang merasa lemah tika ujianNya melanda...

Ujian kali ini begitu meruntuhkan hatiku. Aku tidak tahu dimana mulanya, bagaimana aku harus mengakhirinya? Bagiku, persahabatan adalah perkara paling berharga untuk aku. Puas aku menangis, dan mempersoalkan diri aku sendiri dimana salahnya. Benarkah aku memburukkan namanya? Bila, dimana, kepada siapa... Dia seorang kakak yang aku hormati, banyak jasanya padaku. Aku tidak pernah lupa betapa banyaknya aku 'terhutang' padanya. Hanya saja aku tidak mengerti keputusan yang dia ambil, dan aku berasa agak kecewa dengan tindakannya itu. Dan seingatku, hanya itu kata-kata yang aku luahkan ketika rakan terdekatku bertanya. Bahawa aku kecewa dengan keputusannya, dan aku tidak mengerti kenapa dia memilih untuk bertindak sebegitu. Mungkinkah kata-kata itu yang memburukkan namanya? Aku sendiri pun tidak tahu...


Penat berfikir, aku putuskan biar saja aku menjadi 'the bad person' kepadanya. Tiada gunanya aku menghujahkan apa-apa. Mungkin saja aku ada 'saham' didalam perkara itu. Aku pegang kepada pepatah:
"Never explain yourself. Your friend would not need it, and your enemy would never believe it"

Akan tetapi, jujurnya aku tidak pernah berniat untuk melakukannya. Apa saja yang akan aku perolehi daripada semua itu? Namun, kala ini tiada lain yang aku patut lakukan melainkan mendiamkan diri. Barangkali kala ini perkara yang terbaik untuk kami hanya tidak bertemu. Biar luka itu sembuh, biar jurang yang ada tidak menjadi lebih besar.  Lets not meet each other...

p/s: if i ever tarnished your name indirectly, please forgive me..

Suratku Untukmu

Wahai kamu yang bersedih,
Sungguh aku tahu apa maknanya sedih itu. Air matamu seakan sudah terlalu berat untuk ditampung. Suaramu juga sudah tidak mampu melantun. Semuanya dek perasaan yang membungkam di dalam hatimu. Sungguh aku tahu, kerana setiap dari kita pernah merasakannya. Siapa sahaja yang tidak pernah merasa kesedihan? Pun begitu, aku tahu penyebab kesedihan setiap dari kita itu tidak sama..Hanya saja aku ingin kamu tidak lupa, bahawa semua pasti di ujiNya. Bukankah Dia telah berfirman:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan berkata: kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?" [AlAnkabut:2]

Wahai kamu yang kecewa,
Ketika insan disekelilingmu berubah. Tika insan yang kau kira akan sentiasa di sisimu tiba-tiba menjauh. Dan tika yang kau sayangi diambil dari genggamanmu.. Jangan pernah lupa bahawa adanya Dia sentiasa memerhatikanmu dengan penuh kasih sayang. Jangan pernah menyangka bahawa Dia menzalimimu. Jangan pernah merasa Dia menghukummu. Sungguh, Dialah yang sentiasa berada di sisimu ketika yang lain pergi meninggalkanmu. Hati manusia itu berbolak-balik, usah mengharap pada mereka. Sandarkan dirimu pada Yang Esa. Tika Dia menjauhkan mereka yang kau sayangi daripadamu, itu hanya kerana mereka bukanlah yang baik untukmu. Justeru redhalah...Bukankah Dia telah berfirman:

"Barangkali kamu membenci sesuatu, sedangkan ia baik bagimu. Dan barangkali kamu menyukai sesuatu, sedangkan ia buruk bagimu. Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui.." [AlBaqarah: 216]

Wahai kamu yang buntu,
Saat sekeliling rasa kelam. Saat sepertinya tiada jalan keluar. Saat terasa seolah tidak tahu arah ke mana harus dituju.. Maka saat itulah kamu harus bangkit disepertiga malammu, istikharahlah padaNya. Mohonlah petunjuk dariNya. Sungguh, saat itulah Dia merindukan rayuan kasihmu. Tidak diciptakanNya masalah tanpa jalan penyelesaian. Tidak dikirimNya ujian tanpa kiriman bantuanNya. Hanya saja itu jalanNya menyirammu dengan kasih sayangNya. Agar sentiasa dekat denganNya. Yakinlah, bahawa tidak dibiarkanNya kamu menunggu dengan lama melainkan untuk menyediakan yang teristimewa untukmu. Lalu bertahanlah terus dengan berdoa. Usah mengalah dengan bisikan syaitan..Sungguh, ingatlah dia telah berfirman:

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya" [ AtTalaq: 2-3]

Akhir sekali, aku ingin sekali mengingatkanmu bahawa tidak diberikannya kesedihan, kekecewaan, dan kebuntuan melainkan  untuk menghadiahkan untukmu kegembiraan, kebahagiaan, dan penyelesaian...Ku mohon kamu tidak berputus asa dan berterusan dalam rendaman air mata. Tersenyumlah kerana Dia memandangmu dengan penuh kasih sayang. Berbahagialah kerana Dia yang Maha Penyayang, menyayangimu sentiasa...


Yang Benar,            
Fazlina               
(Insan yang pernah terluka)

CINTA SEORANG GURU TADIKA

PART 2


Aku memandang gambar-gambar dalam galeri handphoneku. Banyak kenangan yang menerpa dimindaku. Ada yang manis, ada yang pahit. Adakala aku tersenyum dan adakala aku rasa ingin menangis. Rindu rasanya bergelak ketawa dengan rakan sekerja dek telatah anak-anak. Rindu juga menangis bersama bila dugaan menimpa. Siapa sangka dalam profesion guru tadika ini tidak lari dari politik tempat kerja. Ada juga segelintir yang gemar mengampu boss, tunjuk rajin depan-depan dan memburukkan yang lain. Tetapi hakikatnya umpama tin kosong. Ada pula segelintir pengusaha tadika yang terlalu mengaut keuntungan hinggakan mengabaikan kebajikan anak-anak, apatah lagi pekerja. Yuran persekolahan cukup tinggi, tetapi perbelanjaan makanan untuk anak-anak diminimakan demi memaksimakan keuntungan. Kami sebagai guru tadika hanya mampu memandang dengan belas kasihan, jika ada rezeki lebih kadangkala kami membelikan mereka makanan sedikit mewah dengan wang sendiri. Bukan tidak pernah bersuara, tetapi suara tidak didengar. Malah, dilabel pula rebellious. Aku pernah ditamatkan kontrak perkhidmatan gara-gara berani bersuara sebegitu. Aku bukan mahu berlagak hero atau seumpamanya, tetapi aku tidak mahu di akhirat kelak aku dipersoalkan kerana membisu dengan perkara yang tidak sepatutnya. Amanah itu paling berat di akhirat nanti, aku sudah terlalu banyak dosa untuk ditambahkan lagi. Namun, tidak semua pengusaha tadika sebegitu, masih ada ramai lagi yang menjaga kebajikan anak-anak dan tidak mementingkan keuntungan.


Setelah kecewa dengan tadika pertama, hampir saja aku ingin u-turn kembali ke bidangku, dan lari dari bidang pendidikan awal kanak-kanak. Akan tetapi, ternyata hatiku masih dibidang ini. Tatkala aku menerima tawaran kerja dari tadika lain, aku cuba menguatkan hatiku semula demi cinta ini. Syukur, aku peroleh banyak memori manis di tadika kedua ini. Rakan sekerja yang baik dan gila-gila. Ketua yang baik. Akan tetapi setelah dua tahun, kontrak aku ditamatkan lagi dan kali ini kami semua sekaligus. Semuanya gara-gara masalah diantara shareholders tadika itu. Kecewa? Sudah tentunya dan untuk terluka kali kedua itu sangat pedih bagiku. Jujurnya aku mulai mempersoalkan hala tujuku selepas ini. Wajarkah aku masih terus berharap dalam bidang ini? Ikutkan hatiku, aku ingin lari dari bidang ini. Kecewa seumpama tawar hatinya orang yang putus cinta berkali-kali. Mungkinkah ini caranya Tuhan memberitahuku untuk berhenti dari bidang ini? Ataukah ini caranya Tuhan menguji cintaku sebagai seorang pendidik? Bertalu-talu persoalan ini dimindaku. Aku sendiri tidak tahu. Akan tetapi aku yakin, ada hikmah atas semua ini. Meskipun sakit yang aku rasakan kini, aku tahu ada kemanisan yang Dia simpan untukku nanti.


Aku memandang skrin laptop dihadapanku, cuba mencari-cari jawatan kosong yang sesuai dengan kelayakanku. Hampir setiap hari aku sebegini. Sudah menjadi rutinku semenjak beberapa minggu ini. Namun satu perkara yang aku sedari setiap kali diakhir pencarianku, jawatan yang ku cuba jejaki tidak lain adalah 'guru tadika'. Sukar untuk aku nafikan, aku rindu melayan telatah anak-anak kecil. Terlebih lagi, anak-anak saudaraku jarang-jarang balik ke sini. Ternyata aku rindu profesion itu. Aku rindu membebelkan anak-anak kecil. Aku rindu tawa yang lahir dari karenah mereka. Sungguh, hatiku masih setia. Cintaku masih sahaja tidak berubah. CINTA SEORANG GURU TADIKA...


Cinta seorang Guru Tadika

PART 1

Aku melangkah laju ke kelas. Anak-anak kecil itu memandangku sambil tersengih-sengih. Barangkali tercuit hati memandangku yang terkocoh-kocoh. Jadual waktu yang padat dan kerja yang berbaris menunggu, hilang dari fikiran tatkala memandang anak-anak ini. Terkadang melayan mereka bermain juga menghilangkan garis duka di hatiku ini. Siapa kata menjadi guru tadika ini kerjanya senang? Sebelum aku terjun ke bidang ini, aku juga bersangka sedemikian. Hakikatnya, hanya yang menjalani sahaja yang faham. Bukan sekadar mengajar ABC,atau 123. Mengajar mereka cara memegang pensel, mengenal bunyi huruf, adab makan, adab ke tandas, dan seumpamanya. Mungkin sesetengah orang akan berfikir, sama sahaja seperti menjaga anak sendiri. Trust me, its not. Anak-anak ini dari keluarga yang berbeza, cara didikan tidak sama. Cara pendekatannya juga harus pelbagai. Anak-anak ini juga bukan seorang dua mudah difokus, tetapi lebih dari sepuluh sekaligus. Pelbagai karenah harus dihadap setiap hari. Aku masih ingat sewaktu mula-mula 'terjun' ke bidang ini, hampir saja aku berputus asa kerana ia tidak semudah yang aku bayangkan. Namun, lama-kelamaan aku mula jatuh cinta kepada bidang ini. Tanpa aku sedari, ia menjadi 'darah daging' kepadaku.


Seusai kelas, aku melangkah pula ke tandas. Sekarang waktunya anak-anak fullday untuk mandi. Sesekali membebel kerana mereka bermain air dan terlompat-lompat di dalam bilik air. Khuatir nanti ada pula yang tergelincir jatuh. Serasaku perkara yang paling memenatkanku dalam kerja ini adalah membebel hampir sepanjang hari. Masakan tidak, jikalau tidak ditegur memang tidak akan berhenti. Aku pula sebenarnya sejenis yang pendiam dan tidak suka banyak bercakap, apalagi marah-marah begitu. Maka itu, membebel sebegitu sangat mengerah kudratku. Akan tetapi menghadap anak-anak ini, meski dalam keadaan marah ataupun penat tetap mampu mengukirkan senyumanku melihat telatah mereka. Ada sahaja karenah mereka yang mencuit hati. Kadang daripada marah menjadi ketawa. Namun terkadang aku kecewa dengan sikap sesetengah ibu bapa. Ada yang terlalu sibuk mengejar dunia, sehingga ada yang terlupa mengambil anak di sekolah. Ada anak yang menunggu hingga ke senja. Aku takut di masa depan, wujud generasi yang menghantar ibu bapa ke pusat penjagaan dek kerana 'teladan' yang mereka lihat sewaktu kecil. Ada pula ibu bapa yang terlalu protective sehingga menuduh kami sebagai guru tadika atas perkara-perkara yang tidak berasas.  Aku masih ingat seorang ibu yang menghubungiku mengatakan anaknya menangis setiap kali mahu membuang air kecil seolah telah dipukul. Terkesima aku sebentar, memegang rotan sahaja kami dilarang apatah lagi memukul anak kecil. Rotan yang ada cuma untuk menakutkan semata-mata. Dipendekkan cerita, akhirnya doktor mengesahkan anak itu mengalami masalah jangkitan di bahagian sulitnya kerana kurang meminum air dan tabiatnya sering menahan kencing. Kadang ada pula tidak puas hati kerana anak mereka ditegur, katanya takut anaknya tidak mahu ke sekolah. Lalu apa gunanya anak ini ke sekolah, kalau menegur untuk mendidik itu tidak boleh? 


Aku juga masih ingat ketika aku mula-mula menjadi guru tadika, setiap kali ada yang bertanyakan pekerjaanku pasti aku mendapati riak wajah yang memandang rendah profesion ini. Sewaktu mula-mula dulu, aku merasa sangat rendah diri dengan profesion ini. Kerana apa? Kerana pandangan orang, "senang sahaja kerja guru tadika tu". Akan tetapi kini aku tidak lagi bersa rendah diri, malah aku berasa bangga dengan kerja ini. Meskipun mungkin inilah kerjaku sehingga aku tua ataupun meninggalkan dunia ini. Banyak pahalanya untuk bekalanku yang banyak dosa ini. Dan sesungguhnya, dalam aku mendidik anak-anak kecil ini justeru aku yang menjadi lebih terdidik secara tidak langsung. Inilah salah satu cintaku, CINTA SEORANG GURU TADIKA.

Hurtful truth...

As I walking along the market,I notice some people looking at me. The looks in their eyes wasn't the pleasant one, I am very sure of that. Actually,I used to be in this situation. Common enough, I shall say. People watch me as if I was an alien from the outerspace. Not far from me,there was a lady wearing the mini skirt with red colour. She was walking proudly in her high heel. But nobody was watching her as they did to me,except some naughty guys on the street. Why? Because I was wearing my long veil,with my long blouse,and black socks on my feet...It was weird enough for those people who are muslims! How hurtful is this truth...Wearing a syariah compliance attire is weird to people eyes, instead wearing the opposite is so called normal to them.

In this so called muslim country, I have experienced this. It is a really hurtful to me. I even heard somebody saying, "hey, why are you wearing pajama in daylight?" Just because i was wearing a long tshirt of mine. I used to feel disheartened, and sad because of this. But thank God, nowadays there is so much syariah compliance attires sold and people getting more and more expose to this. It is now become normal and trend in fashion. The loose and long shirt a widely wore by ladies anywhere. I hardly feel the weird look I used to get now. Alhamdulillah...

I wrote this just to tell other ladies that wearing syariah compliance attire is NOT WEIRD. You are doing good and BETTER. So i hope you keep doing so, though you might get 'weird look' from beginning. ITS OKAY AND KEEP DOING SO. Just keep this in mind, your aurah is your dignity and never been theirs. Do what your God and messengers tell you to do, because it is for the sake of yourself. May ALLAH bless you, always...


DEKAT PADAMU

Baru-baru ini diberikan rezeki untuk bermusafir ke tiga negeri,alhamdulillah. Sememangnya bermusafir menghilangkan sedikit sebanyak  tekanan kerja, ditambah lagi bermusafir dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bertemu. Semoga kita ditemukan lagi dan lagi. Semoga ukhuwwah kita berterusan biarpun nyawa ini sudah tidak dikandung badan.

Melewati tempat-tempat menarik mengingatkan kita kepada kebesaranNya. Sungguh, Allah itu Maha Indah dan suka kepada keindahan. Sesungguhnya Dialah yang menciptakan alam ini dengan penuh keindahan, serta meminjamkan manusia dengan kebijaksanaan untuk menghasilkan bangunan-bangunan dengan seni bina yang indah. Sesekali menghayati keindahan alam, menambahkan kekaguman kita pada keagunganNya, Allahuakbar. Tidak Dia menjadikan sesuatu dengan sia-sia di atas muka bumi ini. Memandang alam ini sahaja membuat kita sedar bahawa Dia sentiasa ada di mana-mana kita berada.

Satu perkara paling aku sukai tatkala mengembara adalah menaiki kapal terbang. Aku suka melihat awan dan berada di atas membuat aku berasa sangat dekat kepadaNya. Ada satu perasaan yang sangat tenang bercampur sayu setip kali aku memandang langit, apalagi berada di antara awan-awanan. Sesungguhnya Dialah yang menahan awanan tanpa sebarang tiang, mashaAllah. Sememangnya Dia dekat, biarpun di mana kita berada. Usah sesekali kita merasa Dia jauh dari kita, mungkin kita yang menjauh dariNya...Ayuh mendekat denganNya, kerana Dialah arah tuju kita. Dan sesungguhnya dunia ini hanyalah perjalanan menuju kepadaNya.....