Tuluska cintaku...?

Aku berteleku sendiri di kamarku. Tiba-tiba hari ini aku tersedar...Aku sering menonton di dalam filem-filem dimana sering terjadi samada gadis ataupun juga jejaka yang mencintai seseorang walaupun jejaka/gadis idamannya tidak mempedulikannya, tetapi dia pula tidak mempedulikan seseorang yang lain yang lebih mencintai dia. Bila menonton cerita-cerita begini, aku selalu fikir; kan lebih baik dia terima orang yang lebih menyayangi dia...bak kata orang, lebih baik menerima orang yang mencintai kita daripada orang yang kita cintai...sebabnya, orang yang mencintai kita lebih tahu untuk menghargai kita jika dibandingkan dengan orang yang kita cintai dan aku setuju dengan kata-kata tu...

Hari ini aku tersedar...kadang-kadang aku terleka hingga mengabaikan pencinta setiaku...Dia terlalu menyayangi aku tetapi aku selalu melupakan kasih tulus yang dicurahkan pencinta setiaku itu...Aku selalu berbisik kepada Dia yang aku juga mencintai kekasihku, tetapi seringkali juga aku terleka memadukan kasih tulus itu...Aku tersedar aku ni bukanla orang baik dan selayaknya untuk dicintai oleh pencinta setiaku itu...Dia sering ada kala aku memerlukan dia...Dia sering memaafkanku walau berapa kali aku berbuat khilaf...Dia sering disisi aku kala orang lain tak mampu berada disisiku...Dia selalu memberi aku kekuatan kala aku terasa lemah...Dia adalah kekasih yang sejati...Kekasih yang takkan ada duanya....Kekasih yang takkan ada yang kan serupa....

Beruntungnya aku memiliki kekasih seperti itu....Aku pasti semua orang bersetuju denganku...Dia memang pencinta setia dan kekasih sejati yang sukar digalang ganti...Aku mohon padaMu jangan pernah tinggalkan aku,ya Allah....Kerana hanya Engkau pencinta setiaku...Jangan pula Engkau menghilangkan cintaMu dariku kerana hanya kasihMu yang tulus...Ampunkan hambaMu ini jika aku sering melupakanMu....Aku tahu aku tidak layak untuk menjadi kekasih hambaMU apatah lagi untuk menjadi kekasihMu...Namun, ya Allah bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang Engkau redhai,amin.....

Cinta

Sebuah kata singkat yang memiliki makna luas. Walaupun belum teridentifikasi secara pasti, namun kewujudan cinta diakui oleh semua orang. Al-Ghazali mengatakan cinta itu ibarat sebatang kayu yang baik. Akarnya tetap di bumi, cabangnya di langit dan buahnya lahir batin, lidah dan anggota-anggota badan. Ditujukan oleh pengaruh-pengaruh yang muncul dari cinta itu dalam hati dan anggota badan, seperti ditujukkannya asap dalam api dan ditunjukkanya buah dan pohon.

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak egois mendominasi cinta hambaNya. Dia berikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, orang tua, kaum muslimin. Tetapi kesemua cinta itu tentunya tidak melebihi cinta kita pada Allah, kerana Allah mengatakan, "Katakanlah! 'Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta-benda yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatiri akan merugi dan rumah tangga yang kamu senangi (manakala itu semua) lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik." (surah at-taubah 9:ayat 24)

Prestasi kepahlawanan para pejuang tidak terlepas dari pengaruh cintanya seorang pemuda kepada pemudi. Umar bin Abdul Aziz berhasil memenangkan pertarungan cinta sucinya kepada Allah dari pada cinta tidak bertuannya kepada seorang gadis. Tidak ada yang salah pada cinta. Berusahalah menempatkannya pada tempat, waktu dan sisi yang tepat.

Maka berdoalah:
”Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu...
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu...

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.” '

"Kitä äkäñ mëräsäî përjüäñgäñ iñi bëgitü sëmpit sëäñdäinya kitä mëñyängkä kitä yäñg mëmüläkäññyä..." (As-Syahid Syed Qutb)

Blow Kiss

(hasil nukilan seorang hamba Allah)

Dengarkan Bicaraku...

sahabat...
kala ini hatiku suram...
kala ini hatiku terasa sepi...
kala ini hatiku buntu...

sahabat...
aku merasakan ksuraman dlm ukhuwwah itu...
aku merasakan khilgn dlm ukhuwwah itu...
aku tertanya padamu, sahabat...
kenapa bgini jdnya?

sahabat...
aku rndukan gelak tawa kta bsm...
aku rndukan nsihatmu kala aku mers jatuh...
aku rndukan kmesraan yg dulu mnglilingi kta...
ke mana semua itu, sahabat?

sahabat...
andai ukhuwwah ini x bererti bgmu lg
andai ukhuwwah ini x kau ingini lg
andai ukhuwwah ini kau buang jauh2
btla ssuka htimu...

kerana aku x mampu mngahmu...
kerana aku x lyk mlrgmu...
namun ktahuila shbt...
akn kusimpan ukhuwwah ini...
dlm hatiku, sahabat...bt slama2nya...





buat mrk yg msh mrskan diri ini shbt...buat mrk yg msh ingin bshbt...jg buat mrk yg pnh bglar shbt...hargailah shbt sblum kta x bisa mnmuinya lg... Crying 1

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat...

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah. Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga." Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya. Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang.

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)." Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:

"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

sekadar peringatan buat sahabat2 yg d petik dr iluvislam.com hasil nukilan cik hijau.

Tentang Sebuah Kisah...

Ini kisah tentang itik…Ada lima ekor itik… Mereka tengah berenang di sebuah tasik untuk satu perjalanan yg amat pjg yg mereka sendiri x thu bila hujungnya.... Yang seekor berenang dengan laju... kejap-kejap dia patah balik dapatkan kwn2nya yg lain...Yang seekor slow motion je berenang... kdg2 itik yg lain sangka dia sakit, itik laju dgn itik nakal selalu buli dia.... Yang seekor lagi nakal sgt... kejap-kejap dia ke kanan keja-kejap dia ke kiri, kejap-kejap pula dia kejar itik yg laju tu...Yang seekor lagi tenang je....Itik nilah ketua itik yg lain... Dia berenang x laju n x lambat...dia snts memantau yg lain... yang seekor lagi berenang paling lmbt skali d antr yg lain...dia selalu bgtau itik yg lain dia rs x nak truskan perjlnn sbb x nak mnyusahkn itik yg lain utk tggu dia...Tp itik2 yg lain selalu xkan biarkn dia...Itik2 yg lain mst akn tlg dorongkn itik yg lmbt 2 ke dpan spy dorg smua seiring...
Tapi...satu hari...itik yg slalunya plg lmbt 2 hilang...itik 2 dah terbang ...rupa-rupanya dia dah sampai dulu dari itik2 yg lain....itik2 yg lain sedih sbb rndukn itik 2... Tapi itik2 yg lain kuatkn smangat utk truskan perjlnn spy diorg smua boleh jumpa dgn itik yg satu lg tu satu hr nnt walaupun diorg x tau bla penghujungnya perjalanan mrk pula...

p/s: buat yg merskn dirinya itik, truskan perjuanganmu itik....:)

Yang tinggal. . .

Kitakah...?


Siapakah orang yang sibuk ?

>> Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?

> > Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalusambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambilmengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

> > Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

> > Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada serta sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

> > Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

> > Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yangbaik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

>>Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

> > Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

> > Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Allah Maana...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih. .
Allah SWT sudah menghitung air matamu..
Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja. .
Allah SWT sedang menunggu bersamamu. .
Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawabannya. .
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan. .
Allah SWT dapat menenangkanmu. .
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon. .
Allah SWT selalu berada disampingmu. .
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..
Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas..
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu. .
Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan. .
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum. .
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang berbisik kepadamu..
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur. .
Allah SWT telah memberkahimu..
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..
Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..
Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap. .Allah SWT tahu..


La tahzan innallaha maana :)

Syukran,ya ukhti...

Salam ukhuwwahfillah...ana sedar sejak pemergian dia, ana terlalu bersedih...sampaikan ukhti2 semua risaukan ana...bukan ana tak redha dgn pemergian dia cuma otak ana, hati ana, seluruh diri ana belum 'adapt' lg peristiwa tu...ana rasa macam ana bermimpi...sebuah mimpi yang sangat sedih bg diri ana...ana bisik kat diri,bgnla dr mimpi ni...tp hakikatnya, itulah yg sbnrnya knyataan yg plu ana hdpi...mungkin ana tak mengenali dia seperti lamanya sahabat-sahabat baik dia yg lain...tapi tempoh setahun lbih yg Allah berikan buat ana bersamanya sangat ana syukuri dan takkan ana lupakan dlm hidup ana...btl stiap yg bnyawa pasti akn mati dan ana jg thu malang x berbau...hinggakan kita x menyangka yg org ksygn kita akn pergi mninggalkan kita...syukur,dia pergi dlm keadaan yg sgt baik...syukur jg dlm ana terasa amat khilgn, ukhti2 semua snts bersm ana...antunna berikn ana semngat dan kkuatan...antunna x biarkn ana sndirian...maafkan ana krn byk mnyusahkan antunna semua...antunna semua mmg shbt ana yg sjati...syukran, ya ukhti...syukran jazilan...semoga kita semua ditemukanNya di syurga nanti,insyaAllah...amin...

Dia. . .


Dia...pernah membuatku bahagia...
Hilang...dari hidup ini...
Kini...tak dapat lagi kutemui...

Dia yang aku kenali sangat menyayangi sahabat-sahabatnya...
sangat menjaga hati orang lain walaupun menyusahkan dirinya sendiri...
dia sering meminta maaf walaupun perkara tersebut terlalu kecil bagi orang lain...
orang kata yang pataah akan tumbuh...tapi yang tumbuh itu tak akan sama dengan yang patah...
aku sangat merindukanmu,sahabat...
aku tidak bisa menatap senyummu lagi...
aku rindukan nasihat-nasihatmu ,temanku...
aku tahu Dia lebih menyayangi dirimu...
kerna kau terlalu menyayangi Dia...
aku ingin menurut jejakmu...
kerana kau hambaNya yang istimewa...
ku harapkan pertemuan denganmu lagi...
tunggu daku,sahabatku...
ya Allah, temukanlah kami lagi di syurgaMu....amin ya Allah, amin....

WAHAI INSAN...

seringkali kita melupakanNya...
meski Dia tak pernah lupakan kita...
seringkali benar kita berburuk sangka padaNya...
sedang Dia terlalu mengasihi kita...
sudah kerapkali kita berbuat dosa...
seringkali itu juga kita bertaubat...
namun, Dia tetap setia mengampuni kita...
tak malukah kita padaNya?
hingga kita sanggup menduakanNya...
pernahkah kita memikirkan tentangNya?

Ighfirlana ya Rahman...