Tak faham???

“Aku kecewala dia tak faham aku…”

“Tolongla faham keadaan saya…”

We won’t understand them unless we’re in their shoes

******************************************

Pastinya lazim kita mendengar ayat2 di atas kan? Kadangkala kita rasa orang lain tak faham keadaan kita…marahi kita dengan kesalahan tanpa sebarang usul periksa, bahkan mungkin menyindir kita dengan kata-kata yang cukup menghiris… Barangkali juga kita pernah mendengar kata-kata seseorang kepada kita yang mengatakan kita tak faham keadaan mereka…Hakikatnya, siapa yang patut difahami dan memahami? Seorang sahabat seharusnya memahami sahabatnya yang lain. Semua orang seharusnya saling memahami, berfikir sebelum berkata apa2, berfikir sebelum berbuat apa2… Dan jangan sesekali berfikir Allah tidak memahami kita… Sesungguhnya Dialah tempat mengadumu yang terbaik dikala kita merasakan semua orang tidak memahami kita….

Jika hari ini seorang sahabat mengatakan kita tidak patut memilih lelaki yang kita cintai sebagai teman hidup kelak, janganlah kita menyangka dia dengki kepada kita.Bahkanmungkin dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu lebih darimu sendiri…..

Jika semalam kamu dikecewakan dengan sikap sahabatmu yang memarahimu disebabkan kesilapan yang tidak kamu perbuat, bertenanglah kerana mungkin dia tersalah sangka padamu dan dia berada di dalam keadaan tertekan….

Jika sahabatmu tidak hadir ke majlis yang engkau adakan, janganla terburu berkecil hati…mungkin dia pernah mencuba untuk pergi tetapi tiba-tiba jatuh pengsan diperjalanan hingga dibawa ke hospital…

Jika tiba-tiba sahabatmu menjauhimu dan langsung tiada khabarnya malah panggilanmu juga tidak dijawabnya, usahlah berfikir dia telah membencimu, selidikilah….mungkin dia telah pergi menyahut panggilanNya….

Bersangka baiklah kita sentiasa, meskipun sukar, meskipun pahit….kerana sesungguhnya sangkaan baik itu tidak menyakitkan berbanding dengan sangkaan yang buruk….Semoga kita semua menjadi hambaNya yang sentiasa berprasangka baik,amin….

-Sekadar peringatan buat diri yang pernah terluka kerana ‘sebuah ketidakfahaman’-Wallahua’lam…

Kesempurnaan Diri Seorang Muslim

Daripada Sayyidina Khalid bin AI-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasul¬ullah S.A.W yang mana dia telah meny¬atakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempumakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya:Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Din berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya,
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah en¬gkau seadil-adil manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia,

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku,
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.

Dia berkata : Aku mahu ternasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Din berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari Kiamat di bawah cahaya,
Baginda SAW menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari Kiamat di bawah cahaya.

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari Kiamat.
Baginda SAW menjawab : Kasihilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hati Kiamat.

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (dikurangkan) segala dosamu.

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda SAW menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia,

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda SAW menjawab : Senantiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Senantiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah
dan rasulNya.
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari Kiamat.
Baginda SAW menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku.
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.

Dia berkata ; Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari Kiamat.
Baginda S.A.W mlllljawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari Kiamat.

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda SAW menjawab : Orang yang senantiasa mengalir air mata penyesalan,mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan (penyakit)

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang (silahturahim).

Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari Kiamat?
Baginda SAW menjawab : Sabar di dunia dengan baia dan musibah.

Telah berkata Iman Mustaghfirin: Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini ....

Hati Kristal

Aku masih ingat waktu aku tiba di kawasan ini. Masuk kali ini sudah empat kali aku bertukar sekolah, semuanya disebabkan pekerjaan ayahku sebagai seorang guru. Ayahku sering berpindah dari satu sekolah ke satu sekolah. Kali ini kami berpindah pula ke sebuah kawasan pekan kecil. Satu perkara yang sangat menarik perhatian aku semasa sesi untuk aku memperkenalkan diri di kelas baruku adalah satu-satunya pelajar yang tidak mengambil tahu langsung kehadiranku sebagai pelajar baru di kelas itu. Aku tidak berkecil hati, kerana apa yang aku lihat dari redup matanya yang memandang ke luar tingkap tersimpan sebuah kesedihan. Hatiku tertarik untuk mengenalinya lebih rapat. Kebetulan guru kelasku mengarahkan aku duduk di tempat duduk kosong di sebelahnya. Saat aku menanyakan namanya, dia cuma menjawab tanpa memandangku.

“Termenung jauh nampak?”tegur Zahra kepadaku.Aku hanya tersenyum. Zahra kini sudah mesra denganku,menerimaku sebagai sahabatnya. Dia merupakan sahabat yang sangat baik, walaupun aku tak mengerti sesetengah sikapnya. Miza yang selalu berbaik kepadanya selalu dilayannya dengan kasar. Setahuku, Miza merupakan adik tirinya . Ayahnya berkahwin dengan ibu Miza setelah kematian ibunya. Semua itupun aku tahu setelah diceritakan Miza. Pada pandanganku Miza seorang yang baik dan selalu ingin berbaik dengan Zahra. Cuma Zahra yang kelihatan agak kejam kepadanya. Tapi aku tahu, Zahra seorang yang baik meskipun aku tak tahu kenapa dia harus bersikap begitu. Pernah sesekali aku bertanya kepadanya,namun jawapan yang aku perolehi hanyalah senyuman pahit darinya hingga aku bosan untuk bertanya lagi.”Petang ni boleh temankan aku ke pekan tak?””Boleh,insyaAllah…nak beli apa?”soalku sekadar bertanya. “Beli hadiah untuk adik…hari ni hari lahir dia”jawabnya sambil tersenyum manis.Dia pernah bercerita kepadaku tentang satu-satunya adiknya itu. Dia sangat menyayangi adiknya dan merasa dialah orang yang paling terdekat buatnya. Dia takut kehilangan adiknya yang disahkan menghidap barah hati itu.

Petang itu kami ke kedai yang menjual cenderamata. Kulihat Zahra terlalu asyik membelek-belek barangan Kristal berbentuk hati di hadapannya. “Berkenan ke?”soalku.Dia tersenyum.”Kristal ini cantik, bersih dan jernih..saya harap hati saya pun sejernih itu…saya harap hati orang lain pun sejernih itu…”ujarnya dengan wajah yang sayu.”Saya teringat hadis Rasulullah S.A.W. ,hadis mengenai hati…Rasulullah bersabda,bila hati baik seluruh anggotanya pun akan baik..tapi macam mana dengan orang yang berbuat baik didepan orang lain tapi dengan niat yang tersembunyi..contohnya nak orang lihat dia baik…ataupun nak menarik perhatian orang lain…?”soalnya pula.”Itu salah satu sifat munafik,kan?”jawabku dengan sebuah persoalan kepadanya. Dia mengangguk dengan wajah yang sedih. “Kenapa tiba-tiba cakap macam tu pula?sedih je awak ni….”soalku lagi.”Tak ada apa sangatlah…jom kita balik”. Kami beriringan melangkah ke stesen bas untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba Zahra berhenti dan memandangku sayu. Aku turut berhenti memandangnya hairan.”Terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya walaupun saya ni tak baik…terima kasih sebab bersangka baik dengan saya…”ucapnya dengan senyuman sayu. “Kenapa…”belum sempat aku menghabiskan soalanku,tiba-tiba sebuah kereta yang hilang kawalan terbabas ke tepi jalan lalu merempuh semua di hadapannya termasuk Zahra yang berdiri jauh sedikit dariku. Aku terpaku melihatnya terbaring kaku di hadapanku dengan tubuhnya yang berlumuran darah.
* * * * * * * * * * *

Sudah seminggu kejadian itu berlalu…Aku terlalu merindui sahabatku itu. Kelmarin,aku ke rumahnya dan bertemu dengan adik kesayangannya. Wajahnya saling tak tumpah dengan sahabatku itu. Aku terlalu merinduinya,ya Allah… Dia menyerahkan kepadaku sebuah buku usang yang tercatat di atasnya ‘Zahra’.Katanya aku patut membacanya. Dia juga memberitahuku bahawa hati Zahra telahpun berada di dalam tubuhnya kini atas pesanan yang Zahra tuliskan di buku usang itu. Seusai membacanya, air mataku berlinangan. Sungguh baru aku mengerti dirinya sepenuhnya kini. Selama ini Miza yang kupandang baik rupanya hanya bermuka-muka di hadapan orang lain supaya dikatakan seorang yang baik sedangkan hakikatnya selama ini dia terlalu banyak menyakiti Zahra dan adiknya. Dia sering memburuk-burukkan Zahra dan adiknya dan berbuat baik dihadapan orang tua mereka supaya mendapat perhatian mereka. Malahan, Miza juga berbuat begitu dihadapan orang lain sehingga orang lain menganggap Zahra lah yang tidak baik. Hatiku tertanya-tanya,apalah ertinya pandangan manusia jika dibandingkan dengan pandangan Dia yang sentiasa melihat dan maha mengetahui? Aku bagaikan terdengar-dengar kata-kata Zahra tentang kristal sebelum dia pergi. Sesungguhnya hatinya sungguh bersih…biarpun disakiti, dia tidak suka berkata mengenai keburukan orang lain….Hati itu terlalu bersih seperti kristal… Ya Allah,kurniakanlah aku hati sejernih itu,amin…

TEMUDUGA TERBUKA!!

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

"INGATLAH SESUNGGUHNYA KEMATIAN ITU SENTIASA BERADA DI BELAKANGMU"(IMAM GHAZALI)

SUMBER:
http://kerepek-net.blogspot.com/search?q=jawatan+kosong