AKU NAK MATI...

Kematian itu hakikatnya tidak boleh dipercepatkan mahupun dilambatkan walau sesaat pun…seperti dalam firmanNya:
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktunya, maka apabila datang waktunya mereka tidak mengundurkannya walau sesaat pun mahupun mempercepatkannya”
(AL-A’RAF:34)

Satu hakikat yang pasti, kita semua akan pergi menemuiNya, sama ada cepat atau lambat waktu kita tiada siapa yang tahu dan tiada siapa berhak menentukannya melainkan Dia Yang Maha Mengetahui. Cuma apa yang ana ingin fokuskan dalam artikel ini adalah MEREKA YANG INGIN DIPERCEPATKAN WAKTUNYA. Ana banyak mendengarkan ucapan mereka-mereka yang ingin dipercepatkan waktu ini hinggakan kadangkala ana sendiri berasa lemah dalam perjuangan hidup ini.
Bagi ana, kata-kata mahupun doa-doa minta dipercepatkan waktu adalah kata-kata dan doa-doa ORANG YANG BERPUTUS ASA. Dan mereka yang berputus asa ini adalah orang yang TAK MEMPERCAYAI RAHMAT DARI ALLAH. Mereka-mereka ini berasakan seolah-olah matilah jalan terbaik mengakhiri kesusahan ataupun penderitaan yang dialami ,walhal, nabiNya Ayub yang diuji penyakit kulit yang teruk tidak pernah meminta disegerakan ajalnya.Bahkan kita semua tahu bahawasanya di alam selepas mati juga ada kesusahan dan penderitaannya jika tidak cukup persediaannya. Adakah selepas kita meninggalkan dunia ini, kita akan berbahagia di sana? Telah cukupkah bekalan yang kita kutip di dunia ini untuk bekalan kita di sana pula? Telah tercapaikah kita keredhaanNya?
Sesungguhnya Dia sebaik-baik penolong dan pelindung hamba-hambaNya…Dia membantu dengan berbagai cara yang kadangkala kita sendiri tidak menduga…dan Dia melindungi kita tatkala tiada siapa yang mampu melindungi kita…Bukankah dia telah berfirman:
“Usahlah bersedih ,sesungguhnya Allah bersama kita” (AT-Taubah: 40)

Justeru, sahabat-sahabat sekalian usahlah kita berputus asa dari rahmatNya dengan meminta sesuatu yang bukan selayaknya kita untuk meminta dariNya. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita:
“…barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)

-Peringatan untuk diri sendiri dan para sahabat.Wallahua’lam……

9 comments:

Mohd Fauzi Bin Seman said...

saya juga selalu minta dipercepatkan mati.. saya tak tau kenapa saya dilahirkan kat dunia... seorang lelaki yang lemah n x mampu nak buat apa2. seorang yang sering dipandang rendah. saya nei ibarat hidup segan mati tak mau.. dan tidak ada seorang pon yang faham melainkan mereka yang telah menerima nasib yang sama. sekian.

fazlina said...

Tidak Allah menciptakan sesuatu dgn sia2...Sesungguhnya Dia menciptakan kita untuk beribadat kpdnya (Adz-Zariyat:56)...stp ujian hidup adalh tnda ksh sygNya...stiap ujian ada markahnya, bgitulah jg ujian hidup semuanya ada hikmah...jgn pts asa krn di stp ksusahan ada ksnangan @hikmah (Al-Insyirah:5&6).wallahua'lam...

messferra said...

salam,sy pun,rasa nk mati,sbb xtahan dgn hidup ni,mane2 tempat sy pegi mesti ade je yg xkena, sy rs sume org xsuke kn sy, n selama ni sy bgntung hrp ngn bf sy.at d end die pun nk tggalkan sy.sy xtau nk pi mne,pi keje pun terase org xsuke, ble ngn family pun ade ms rs terasing. rs mmg sgt nk mati mulut ni slalu tecabul ckp lebih baik aku mati, tp klu tnye dlm hati ni,takut mati...n keadaan after life tu lg elok ke.hm,rs dri ni cm terkapai2 n xtau nk pi mne2,kdg2 sujud minta doa ngn Allah,kdg2 ble tekanan perasaan dtg segalanya lost,hidupku penuh kesedihan dan malang.ble2 lg dtggalkn oleh org yg aku syg.aku jd gile,tiap mlm nangis, aku gadis yg sepi,tiada kwn n tiada sesiapa..xtau ble sume ni akan berakhir, aku cume berharap diberi kekuatan dgn apa yg aku rs ni, xtahu apa yg xkena, masih terkapai2

fazlina said...

dear masferra...insyaAllah semuanya akan baik2 saja :) Dia tak pernah tinggalkan kita walau kita berbuat dosa berulangkali...
"Tidak aku bebankan hambaKu melainkan dengan kesanggupannya" (alBaqarah:286)

Setiap yg berlaku ada hikmahnya..mungkin kita x tau hikmahnya skrg, tp mgkin satu hr nnt kta bsyukur kta ditkdirkn bgini n bgitu...Put ur trust on Allah :)

Unknown said...

Salam,Messferra.. Sy juga mempunyai nasib yg sama sgt sperti awk.. Sy bru sebulan ditinggalkan tunang dan sudah putus tunang.. Sejak sebulan yg lalu sy selalau menangis dan mendekatkan diri pd Allah.. Sy rsa diri sy trlalu malang.. hmpir 5 tahun sy bersama bekas tunang.. Hampir smua kehidupan sy dia yg tanggung.. Dia bnyak tolong sy. Buat pngetahuan smua, sy tak pernah diberi izin utk bekerja, atau mnyambung pelajaran.. Atas alasan dia mampu tanggung khidupan sy.. Dia yg mnanggung smua perbelanjaan sy hampir 4tahun sy bergantung pd dia.. Sy jd tak pandai berdikari sbb dia slalu tolong sy.. Msalah sy, dia jugak yg slesaikan... Hmpir setiap hari sy habiskan msa dgn menangisi nasib diri.. Sy terlalu kecewa kerana dia tinggalkn sy dan memutuskan pertunangan ini atas sbb2 trtentu.. Sy tak dapat terima kenyataan sdgkan sy trlalu mnyayangi dia.. Dia lelaki yg baik dan kesanggupan dia utk menerima sy dan berubah dr lelaki yg dahulunya kaki perempuan kpd lelaki yg setia pd cinta slepas perkenalan kami, membuatkn sy menyerahkan 100% kehidupan, nasib dan hati sy pd dia.. Sy hmpir putus asa dan mahu mati krn hidup sy sepi dan kosong tanpa dia lg.. Sy tak pernah trfikir sy akan kehilangan dia dan seluruh hidup sy jd buntu.. Knp begini yg trjadi pd prempuan sperti sy slepas sy mnyerahkan sluruh hidup sy pd dia??? Mngikut perancangan kami, bulan 9 kami akan dinikahkan. Tp jodoh tiada siapa yg menduga.. dia trpaksa meninggalkn sy dan sy trkapai2 seorang diri.. Sy buntu.. sy memohon kpd Allah agar dia mengembalikan bekas tunang kpd sy.. krn sy tak mampu hidup tanpa dia... Apa lg yg mampu sy perbuat? Sy mnghabiskan msa dr pd hingga malam dgn menangis.. Sy tak pernah mnyentuh makanan jika tidak mama yg memujuk sy.. Sy terlalu kecewa dan ingin mati..

BINAMINDA said...

Jika manusia sering meninggalkan kita..itu terjadi mengikut lumrahnya..tapi yakin dan percaya.Allah tidak akan tinggalkan hambaNya walaubagaimana sekali pun hambaNya.

Unknown said...

saya sudah lebih kurang 2, tahun begini selalu saya harapkan mati tapi nyawaku masih dipanjangkan.sesungguhnya saya tidak tahu apa tujuan hidup di dunia ini,saya sudah bosan melihat manusia sana sini tetapi saya langsung tiada apa yang hendak dibuat hanya melihat saja dengan masalah kemurungan Yang telah lama saya hadapi membuatkan saya betul2 ingin dipercepatkan kematian.tapi apa kan daya untuk membunuh diri juga saya takut.saya merasakan betul2 tiada gunanya hidup lagi hanya menyusahkan orang di sekeliling sahaja.langsung tiada fungsi,sangat sedih bila difikirkan.tiada rakan yang sudi berkawan denganku kerana sikapku sendiri.saya sangat
putus asa hanya pasrah dan reda saja dengan ketentuannya.mungkin itulah Yang telah tertulis olehnya...wassalam

fazlina said...

rasa ingin mati di kala hati rasa sunyi, buntu, ditimpa kesusahan itu memang selalu ada pada diri manusia yang lemah...saya juga pernah merasa, kerana itu saya menukilkan tulisan ini..saya juga pernah merasa tiada sesiapa di sisi saya, saya juga pernah merasa buntu...tapi bila saya cuba mendekatkan diri denganNya, rasa sunyi itu hilang perlahan2.Hakikatnya hati itu dari Tuhan, dan bila ia jauh dari Tuhan maka ia berasa sunyi dan kosong hingga tidak tahu arah tujuan..Yakinlah,Allah tidak jadikan kita bahkan seekor semut pun di atas muka bumi ini dengan sia2.. Rasa sunyi,bacalah quran..rasa buntu,solatlah banyak2...Dia sentiasa ada untuk kita...SENTIASA...

Unknown said...

i feel you bro. sama lah kita.