Ukhuwwahfillah abadan abada....???

“Kak, apa maksud ukhuwwahfillah abadan abada tu?” adik perempuanku bertanya ketika dia membaca mesej-mesej di dalam telefon bimbitku. “Ukhuwwahfillah tu persaudaraan ataupun persahabatan kerana Allah…abadan abada tu pula maknanya buat selama-lamanya…”kataku dengan confident level yang tinggi. Wajahnya mempamerkan kekaguman. “Macamana bersahabat kerana Allah?”soalnya lagi. Aku menelan air liurku. Hehe…camana ek…?desisku di dalam hati.

* * * * * * * * * *

Bagaimana bersahabat kerana Allah?

Seorang sahabat yang bersahabat keranaNya seharusnya mempunyai 12 ciri di bawah:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik padamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahanmu itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan kamu.

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda: :”sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan padanya, nescaya Allah mengurniakannya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya ia terlupa(lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya”

Mudah-mudahan kita adalah golongan yang bersahabat keranaNya….amin…

-Wallahua’lam…-

4 comments:

The Spiral Eyes said...

semoga ALLAH memberikan kita perlindungan di bawah naungannya dihari penghisaban dimana tiada siapa dapat menaungi sesiapa.

Unknown said...

sangat membantu. thx you. :)

Unknown said...

Mnta izin share ye

Unknown said...

Mnta izin share ye