Bila menyebut tentang cinta, siapakah yang berada diminda
anda? Mungkinkah ibu bapa? Atau jejaka/gadis idaman? Jawapannya anda sendiri
lebih tahu… Akan tetapi pernahkah anda terfikir
tentang sebuah cinta agung dari kekasih sejati itu? Tentang Dia yang
tidak pernah meninggalkan, meskipun sering ditinggalkan dan dilupakan
berkali-kali… Siapakah kekasih sejati itu? Hanya satu : Allah yang Esa… Dia
yang tidak pernah meninggalkan kita meskipun kita sering melupakanNya. Dia yang
selalu menerima kita selepas kita meninggalkanNya berulang kali. Dia yang
sering memaafkan kita setelah berkali-kali kita mengulangi kesilapan. Adakah
lagi kekasih yang lebih baik dariNya? Jawapannya pasti takkan ada yang lebih
baik dariNya… Adakah kita sudah menjadi kekasih yang baik pula untukNya? Tepuk
dada tanya iman kita…
Seringkali bila ujian menerpa, saat itulah baru kita kembali
padaNya…Seringkali tika kita merasa sendirian dan orang sekeliling kita
meninggalkan kita, saat itulah baru kita sedari bahawa Dialah yang paling setia
bersama kita… Bahkan, pernahkah kita terfikir bahawa kadangkala Dia menimpakan
ujian buat kita kerana Dia mahu kita kembali kepadaNya? Dan kadangkala Dia
memisahkan kita dari orang yang kita cintai dan sayangi kerana Dia rindukan
kita dan mahu kita untuk kembali mencintaiNya lebih dari insan-insan itu…
Sesungguhnya ujian itu tanda kasih dan rinduNya buat kita… Kerana seringkali
manusia itu lupa dan ujianlah yang menyedarkan dan mengingatkannya… Usahlah
kita lupa tentang kisah cinta kekasih sejati itu lagi… Semoga kita semua
menjadi hambaNya yang baik dan lebih baik dari sebelumnya,amin...
0 comments:
Post a Comment