Situasi 1
Mak cik: Mak
cik dengar kau dah jadi pegawai dah, baguslah tu…dah berapa lama?
Siti: Ya mak
cik, baru je…baru sebulan…
Situasi 2
Pelawat:
Kakak apa khabar? Kakak dah lama ke duduk sini?
Pesakit: Dah
o.k. sikit, lama dah kat sini.. Dah masuk empat hari..
* * * * * *
Masya Allah..rupanya bukan cantik sahaja yang subjektif, bahkan masa pun subjektif. Saya
terharu dengan kata-kata yang terlontar
dari pesakit itu. Terasa begitu lama berada di hospital selama empat hari,
sedangkan bagi kita yang tidak berada dalam kesusahan merasakan empat hari cuma sebentar. Acapkali bila kita menerima
kesenangan seperti mendapat pekerjaan baik, naik pangkat dan sebagainya, kita
merasakan waktu itu cuma seketika. Bahkan tidak kurang juga bila kita menghadapi
sesuatu musibah, kita merasakan tempoh itu terlalu lama, contohnya bila kita
sedang dalam pencarian pekerjaan. Tempoh beberapa bulan mencari pekerjaan,namun
masih belum tiba rezeki kita ataupun dalam penantian jodoh yang belum kunjung bertemu,
selalunya pasti membuat kita rasa lemah hati. Kita berasa seolah-olah sudah
begitu lama menunggu sedang ada orang lain di luar sana tidak mampu mencari
pekerjaan pun kerana tidak sempurna anggota ataupun menghidap sakit kronik.
Barangkali juga ada orang lain di luar sana yang sudah bertahun-tahun lebih
lamanya menanti jodoh mereka yang belum kunjung tiba. Sesetengah perkara yang
kita anggap berat, mungkin tidaklah seberat mana jika dibandingkan dengan yang
dihadapi orang lain…
Kadang-kadang kita terlupa atau tidak sedar bahawa sesukar
mana pun masalah kita, ada insan lain yang menghadapi masalah yang lebih sukar
dari kita. Contoh paling jelas adalah apabila kita merasakan kemiskinan hidup
yang kita alami sangat menyesakkan dada kita, sedangkan ketika ini
saudara-saudara kita di Palestin sedang hidup jauh lebih susah dan sengsara
dari kita ditambah lagi dengan ketiadaan ibu, bapa mahupun saudara-mara. Bahkan
juga saudara-saudara kita di Myanmar yang dinafikan hak, hidup dalam kepapaan,
malah dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Di saat kita merasa sekejapnya masa
setahun berlalu, sedarkah kita bahawa selama 365 hari itulah saudara-saudara
kita itu hidup dalam kedukaan dan kesusahan? Bukankah kita jauh lebih
beruntung? Ucaplah ALHAMDULILLAH dikala
senang mahupun susah, kerana dalam kesusahan yang kita alami juga pasti ada
hikmahnya. Hikmah yang kita mungkin tidak tahu sekarang tetapi mungkin suatu
hari nanti. Apa yang harus kita buat adalah SABAR dan PERCAYA KEPADANYA.
Sabarlah dalam kesusahan yang dihadapi dan letakkan sepenuh kepercayaan kita
kepadaNya bahawa dia telah memberikan yang terbaik buat kita. LA TAHZAN WALA
TAKHAF, INNALAHA MAANA( jangan bersedih dan jangan takut, sesungguhnya Allah
sentiasa bersama kita)…
0 comments:
Post a Comment