Namun,sejenak hal ini membuatkan aku terfikirkan sesuatu...Audit? Sebenarnya bukan hanya di tempat kerja kita akan menghadapi audit, bahkan kita sentiasa menghadapi audit. Perkara yang semua orang Islam percaya dan sepatutnya tahu. Segala perbuatan, segala perkataan, dan segala amalan kita diperhatikan. Segala perbuatan yang kita lakukan,adakah betul atau salah? Segala perkataan kita, adakah yang baik dan benar ataupun sebaliknya? Dan bagaimana pula dengan amalan kita,adakah ikhlas ataupun riak semata-mata? Jawapannya hanya kita dan Allah sahaja yang tahu..
Justeru,apapun pekerjaan yang kita lakukan sekarang,lunaskanlah amanah itu dengan sebaiknya. Sesungguhnya Dia yang meletakkan kita di situ,amanah anugerahNya yang harus kau pikul. Buatlah sebaiknya,meskipun sukar. Setidaknya usaha kau dikira olehNya, bukan hasilnya. Usah memberi lebih banyak alasan daripada usaha dalam melunaskan amanah. Kerana amanah itu adalah perkara yang paling berat untuk dijawab di padang Mahsyar kelak. Begitu juga dengan perkataan kita,usah sesekali berkata perkara yang tidak benar. Apatah lagi memfitnah dan memburukkan orang lain. Kerana buruknya perkataanmu,cuma memburukkan orang lain di dunia..akan tetapi memburukkan kamu dihadapanNya...nauzubillahiminzalik. Segala perbuatan yang dilakukan,buatlah kerana Allah dan hanya untuk Allah. Kerana DARINYA KITA DATANG,DAN KEPADANYA KITA DIKEMBALIKAN. Dan hidup didunia ini, hanyalah perjalanan menuju Tuhan...
0 comments:
Post a Comment