Kesempurnaan Diri Seorang Muslim

Daripada Sayyidina Khalid bin AI-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasul¬ullah S.A.W yang mana dia telah meny¬atakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempumakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya:Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Din berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya,
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah en¬gkau seadil-adil manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia,

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku,
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.

Dia berkata : Aku mahu ternasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Din berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari Kiamat di bawah cahaya,
Baginda SAW menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari Kiamat di bawah cahaya.

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari Kiamat.
Baginda SAW menjawab : Kasihilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hati Kiamat.

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (dikurangkan) segala dosamu.

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda SAW menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia,

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda SAW menjawab : Senantiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Senantiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah
dan rasulNya.
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari Kiamat.
Baginda SAW menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku.
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.

Dia berkata ; Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari Kiamat.
Baginda S.A.W mlllljawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari Kiamat.

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda SAW menjawab : Orang yang senantiasa mengalir air mata penyesalan,mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan (penyakit)

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang (silahturahim).

Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari Kiamat?
Baginda SAW menjawab : Sabar di dunia dengan baia dan musibah.

Telah berkata Iman Mustaghfirin: Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini ....

2 comments:

NieWanYszNie said...

Ya Allah...
kau bantulah aku menuju ke arah kebaikan..
kau bantulah aku memperbetulkan diri menjadi muslimah sejati..
hanya kepadaMU ak memohon Ya Allah..
sesungguhnya Kau yg membolak balikkan hati manusia..
kepadaMu Ya Allah yg Maha mengetahui
segala sesuatu..
aminnn ya rabbal alamin..

Pojie said...

Mohon untuk di share ye?