Secebis Harapan
Satu hari ada seorang kakak datang kepada saya,dia kata dia kakak awak dan dia bagi saya sepucuk surat…dia kata surat tu dari awak…masa tu saya rasa pelik dan bila saya baca surat tu, saya menangis…awak tulis dalam surat tu yang awak kenal saya…kita satu sekolah dulu,salah sebuah sekolah agama kat Kota Kinabalu cuma lain kelas je…awak tanya saya,kenapa saya berubah seteruk tu?tudung labuh, saya tinggalkan…pergaulan saya tak terjaga…awak suruh saya bertaubat balik seperti saya yang dulu dan awak tanya mana saya yang dulu?awak kata itu bukan penyelesaian kepada masalah dan awak kata ujian tu kan tanda kasih sayang Dia kat saya…saya tak dapat tahan air mata saya masa tu…awak…awak dah sedarkan saya dari terus menzalimi diri ni…saya malu pada awak, dan juga diri saya sendiri…Betapa sayangnya Dia kat saya…Dia temukan saya dengan awak di saat saya menjauhi Dia…Dia kurniakan saya hidayahNya lagi di saat saya menzalimi diri saya sendiri….
Lepas tu saya bertekad nak berubah balik…saya dah pakai tudung labuh balik…kawan-kawan lelaki saya pun saya dah tak layan sangat dah…saya nak jadi macam awak…jaga pandangan,jaga pergaulan…sedikit demi sedikit saya mula lupakan masalah yang menghantui saya selama ni…kehadiran awak dalam hidup saya terlalu bermakna buat saya…kakak awak pun banyak tolong saya balik ke pangkal jalan…lepas tu saya mula kenal dengan perjuangan…masa tahun akhir kita kat universiti,kakak awak kata awak nak ambil saya sebagai sayap kiri perjuangan awak…saya terkejut dan bersyukur sangat masa tu…Tapi saya tak sangka seminggu sebelum hari bahagia tu awak kemalangan…masa tu awak dalam perjalanan nak ke Tambunan untuk satu program dakwah kat sana…awak pergi tinggalkan saya masa dalam perjalanan nak ke hospital…masa tu saya rasa kosong sangat…saya terkaku…tapi saya tahu Dia lebih sayangkan awak sebab tu dia ambil awak dulu dan saya tahu awak mesti bahagia kat sana…Tapi wak…sampai ke saat ni saya belum terbuka hati kat sesiapa pun, wak…sebab saya tak pernah lagi jumpa lelaki sebaik awak…saya berdoa setiap hari,wak…saya harap sangat saya bertemu lelaki sebaik awak satu hari nanti….amin….
PERHATIAN!!!
(Cerita ini diadaptasi dari Mastika keluaran Mac)
Bukankah sudah dicatatkan bahawa salah satu petanda kiamat yang besar tatkala pohon berkata-kata kerana tidak ingin melindungi orang-orang yahudi lagi? Jika cerita ini adalah benar maka kita seharusnyalah meningkatkan lagi amal kita selagi kita masih ada masa…maka kita harus perbaiki segala kesilapan kita selagi kita masih boleh melakukannya….Sesungguhnya hari itu memang semakin menghampiri kita,umat akhir zaman ini…Namun ,biar pun ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang menyedarinya..Ada yang masih terkinja-kinja…ada yang masih leka dengan dunia buatannya…Malah, tidak kurang juga yang sedar tetapi masih lagi alpa…MASIH LAGI MEMENTINGKAN KEDUNIAAN…MASIH LAGI MENGEJAR NAMA…ATAU MUNGKIN JUGA ADA YANG MENYANGKA DIRI TELAH CUKUP AMALNYA?
Bangkitlah dari tidur yang lena sahabat! Hidup ini bukannya panjang…Dunia ini semakin tua….Kurangkan dosa,tingkatkan pahalamu….Semoga kita semua dijauhkan dari azab nerakaNya di akhirat kelak,amin….
Jika syurga dan neraka tak pernah ada...
Atau mungkinkah kita hanya takut pada neraka
Dan inginkan syurga?
Jika syurga dan neraka tak pernah ada
Masihkah kau sujud kepadaNya?
Jika syurga dan neraka tak pernah ada
Masihkah kau menyebut namaNya?
Bisakah kita semua
Benar-benar sujud sepenuh hati
Kerana sungguh memang Dia
Memang pantas disembah
Memang pantas dipuja
Jika syurga dan neraka tak pernah ada
Masihkah kau bersujud kepadaNya?
Jika syurga dan neraka tak pernah ada
Masihkah kau menyebut namaNya?
Apakah kita semua rela menyembah padaNya
Atau mungkinkah kita hanya takut pada neraka
Dan inginkan syurga?

Tuluska cintaku...?
Hari ini aku tersedar...kadang-kadang aku terleka hingga mengabaikan pencinta setiaku...Dia terlalu menyayangi aku tetapi aku selalu melupakan kasih tulus yang dicurahkan pencinta setiaku itu...Aku selalu berbisik kepada Dia yang aku juga mencintai kekasihku, tetapi seringkali juga aku terleka memadukan kasih tulus itu...Aku tersedar aku ni bukanla orang baik dan selayaknya untuk dicintai oleh pencinta setiaku itu...Dia sering ada kala aku memerlukan dia...Dia sering memaafkanku walau berapa kali aku berbuat khilaf...Dia sering disisi aku kala orang lain tak mampu berada disisiku...Dia selalu memberi aku kekuatan kala aku terasa lemah...Dia adalah kekasih yang sejati...Kekasih yang takkan ada duanya....Kekasih yang takkan ada yang kan serupa....
Beruntungnya aku memiliki kekasih seperti itu....Aku pasti semua orang bersetuju denganku...Dia memang pencinta setia dan kekasih sejati yang sukar digalang ganti...Aku mohon padaMu jangan pernah tinggalkan aku,ya Allah....Kerana hanya Engkau pencinta setiaku...Jangan pula Engkau menghilangkan cintaMu dariku kerana hanya kasihMu yang tulus...Ampunkan hambaMu ini jika aku sering melupakanMu....Aku tahu aku tidak layak untuk menjadi kekasih hambaMU apatah lagi untuk menjadi kekasihMu...Namun, ya Allah bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang Engkau redhai,amin.....
Cinta
Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak egois mendominasi cinta hambaNya. Dia berikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, orang tua, kaum muslimin. Tetapi kesemua cinta itu tentunya tidak melebihi cinta kita pada Allah, kerana Allah mengatakan, "Katakanlah! 'Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta-benda yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatiri akan merugi dan rumah tangga yang kamu senangi (manakala itu semua) lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik." (surah at-taubah 9:ayat 24)
Prestasi kepahlawanan para pejuang tidak terlepas dari pengaruh cintanya seorang pemuda kepada pemudi. Umar bin Abdul Aziz berhasil memenangkan pertarungan cinta sucinya kepada Allah dari pada cinta tidak bertuannya kepada seorang gadis. Tidak ada yang salah pada cinta. Berusahalah menempatkannya pada tempat, waktu dan sisi yang tepat.
Maka berdoalah:
”Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu...
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu...
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu...
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu...
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu...
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...
Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.” '
"Kitä äkäñ mëräsäî përjüäñgäñ iñi bëgitü sëmpit sëäñdäinya kitä mëñyängkä kitä yäñg mëmüläkäññyä..." (As-Syahid Syed Qutb)
Dengarkan Bicaraku...
kala ini hatiku suram...
kala ini hatiku terasa sepi...
kala ini hatiku buntu...
sahabat...
aku merasakan ksuraman dlm ukhuwwah itu...
aku merasakan khilgn dlm ukhuwwah itu...
aku tertanya padamu, sahabat...
kenapa bgini jdnya?
sahabat...
aku rndukan gelak tawa kta bsm...
aku rndukan nsihatmu kala aku mers jatuh...
aku rndukan kmesraan yg dulu mnglilingi kta...
ke mana semua itu, sahabat?
sahabat...
andai ukhuwwah ini x bererti bgmu lg
andai ukhuwwah ini x kau ingini lg
andai ukhuwwah ini kau buang jauh2
btla ssuka htimu...
kerana aku x mampu mngahmu...
kerana aku x lyk mlrgmu...
namun ktahuila shbt...
akn kusimpan ukhuwwah ini...
dlm hatiku, sahabat...bt slama2nya...

buat mrk yg msh mrskan diri ini shbt...buat mrk yg msh ingin bshbt...jg buat mrk yg pnh bglar shbt...hargailah shbt sblum kta x bisa mnmuinya lg...
Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat...
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari. Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.
Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah. Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam. Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.
Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga." Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya. Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang.
Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)." Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:
1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.
2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?
3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.
4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.
5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.
sekadar peringatan buat sahabat2 yg d petik dr iluvislam.com hasil nukilan cik hijau.
