TEMUDUGA TERBUKA!!

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

"INGATLAH SESUNGGUHNYA KEMATIAN ITU SENTIASA BERADA DI BELAKANGMU"(IMAM GHAZALI)

SUMBER:
http://kerepek-net.blogspot.com/search?q=jawatan+kosong

Ukhuwwahfillah abadan abada....???

“Kak, apa maksud ukhuwwahfillah abadan abada tu?” adik perempuanku bertanya ketika dia membaca mesej-mesej di dalam telefon bimbitku. “Ukhuwwahfillah tu persaudaraan ataupun persahabatan kerana Allah…abadan abada tu pula maknanya buat selama-lamanya…”kataku dengan confident level yang tinggi. Wajahnya mempamerkan kekaguman. “Macamana bersahabat kerana Allah?”soalnya lagi. Aku menelan air liurku. Hehe…camana ek…?desisku di dalam hati.

* * * * * * * * * *

Bagaimana bersahabat kerana Allah?

Seorang sahabat yang bersahabat keranaNya seharusnya mempunyai 12 ciri di bawah:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik padamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahanmu itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan kamu.

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda: :”sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan padanya, nescaya Allah mengurniakannya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya ia terlupa(lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya”

Mudah-mudahan kita adalah golongan yang bersahabat keranaNya….amin…

-Wallahua’lam…-

AKU NAK MATI...

Kematian itu hakikatnya tidak boleh dipercepatkan mahupun dilambatkan walau sesaat pun…seperti dalam firmanNya:
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktunya, maka apabila datang waktunya mereka tidak mengundurkannya walau sesaat pun mahupun mempercepatkannya”
(AL-A’RAF:34)

Satu hakikat yang pasti, kita semua akan pergi menemuiNya, sama ada cepat atau lambat waktu kita tiada siapa yang tahu dan tiada siapa berhak menentukannya melainkan Dia Yang Maha Mengetahui. Cuma apa yang ana ingin fokuskan dalam artikel ini adalah MEREKA YANG INGIN DIPERCEPATKAN WAKTUNYA. Ana banyak mendengarkan ucapan mereka-mereka yang ingin dipercepatkan waktu ini hinggakan kadangkala ana sendiri berasa lemah dalam perjuangan hidup ini.
Bagi ana, kata-kata mahupun doa-doa minta dipercepatkan waktu adalah kata-kata dan doa-doa ORANG YANG BERPUTUS ASA. Dan mereka yang berputus asa ini adalah orang yang TAK MEMPERCAYAI RAHMAT DARI ALLAH. Mereka-mereka ini berasakan seolah-olah matilah jalan terbaik mengakhiri kesusahan ataupun penderitaan yang dialami ,walhal, nabiNya Ayub yang diuji penyakit kulit yang teruk tidak pernah meminta disegerakan ajalnya.Bahkan kita semua tahu bahawasanya di alam selepas mati juga ada kesusahan dan penderitaannya jika tidak cukup persediaannya. Adakah selepas kita meninggalkan dunia ini, kita akan berbahagia di sana? Telah cukupkah bekalan yang kita kutip di dunia ini untuk bekalan kita di sana pula? Telah tercapaikah kita keredhaanNya?
Sesungguhnya Dia sebaik-baik penolong dan pelindung hamba-hambaNya…Dia membantu dengan berbagai cara yang kadangkala kita sendiri tidak menduga…dan Dia melindungi kita tatkala tiada siapa yang mampu melindungi kita…Bukankah dia telah berfirman:
“Usahlah bersedih ,sesungguhnya Allah bersama kita” (AT-Taubah: 40)

Justeru, sahabat-sahabat sekalian usahlah kita berputus asa dari rahmatNya dengan meminta sesuatu yang bukan selayaknya kita untuk meminta dariNya. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita:
“…barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)

-Peringatan untuk diri sendiri dan para sahabat.Wallahua’lam……

Anak kecil dan seekor rama-rama

Anak kecil dan Seekor rama-rama

Suatu hari, seorang anak kecil tekun memandang ke arah satu kepompong yang terletak di bawah sehelai daun. Tiba-tiba kepompong itu pecah dan perlahan-lahan terlihat sepasang sayap rama-rama yang cantik keluar dari kepompong tersebut. Anak kecil itu makin tidak sabar melihat panorama di hadapannya itu. Rama-rama itu cuba keluar dari kepompongnya perlahan-lahan…Namun gagal lalu ia berhenti…Kemudian cuba lagi,gagal lagi,dan berhenti lagi…perkara itu terus berulang sehingga anak kecil itu menjadi hilang sabar…Anak kecil itu berlari ke dalam rumah dan kemudian keluar semula bersama sesuatu di tangannya…Dia menggunting kepompong itu untuk membantu rama-rama itu keluar…Dia tersenyum puas kerana berjaya mengeluarkan rama-rama itu…Bagaimanapun,rama-rama itu tidak mampu terbang….


Hakikatnya,rama-rama itu harus melalui proses kegagalannya berulang kali untuk menguatkan sayapnya untuk terbang kelak…Begitu juga dengan manusia…Hakikat hidup ada susah, dan ada senangnya…manusia juga perlu menerima kegagalan. Kekecewaan,dan kesedihan sebelum memperoleh kebahagiaan dan kejayaan…Dan semuanya telah ditentukan oleh pencipta kita semata-mata untuk mentarbiahkan kita semua…Dan sesungguhnya Dia tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul (surah 2:ayat 258)…Maha suci Allah yang mentarbiah kita 

Muhasabah cintaku....

Wahai pemilik nyawaku…
Betapa lemah diriku ini…
Berat ujian dariMu…
Ku pasrahkan semua padaMu…

Tuhan…Baru ku sedar….
Indah nikmat sihat itu…
Tak pandai aku bersyukur…
Kini ku harapkan cintaMu…

Kata-kata cinta terucap indah…
Mengalir berzikir di kidung doa ku…
Sakit yang ku rasa…
Biar jadi penawar dosaku…

Butir-butir cinta air mataku…
Teringat semua yang kau beri untukku…
Ampuni khilaf dan salah selama ini…
Ya Illahi…..muhasabah cintaku…

Tuhan…kuatkan aku…
Lindungi ku dari putus asa…
Jika ku harus mati….
Pertemukan aku denganMu….

-EdCoustic

Secebis Harapan

Saya masih ingat waktu pertama kali saya nampak awak…masa tu saya terlanggar awak kat perpustakaan. Habis semua buku-buku yang awak pegang tu terlepas dari tangan awak… tapi lepas tu saya selamba je lalu depan awak sebab sebenarnya saya tengah tension sangat masa tu dan hampir-hampir nak gila pun ada…tapi masa tu awak geleng-gelengkan kepala awak sambil tunduk mengambil buku-buku awak tu…lepas tu hati saya tertanya sendiri kenapa awak tak maki saya atau marah saya pun?Kalau orang lain mesti saya kena marah atau dicaci maki habis-habisan…Dari situlah saya mula tertarik nak kenal awak dengan lebih dekat lagi…Tapi susah nak dekati awak walaupun kita ni coursemate…Awak tak suka sangat cakap dengan pompuan…Kalau terpaksa cakap pun awak tak pernah nak tengok muka saya ataupun pompuan yang lain…Awak asyik tunduk je dan cuma angkat kepala awak sekali-sekala je…
Satu hari ada seorang kakak datang kepada saya,dia kata dia kakak awak dan dia bagi saya sepucuk surat…dia kata surat tu dari awak…masa tu saya rasa pelik dan bila saya baca surat tu, saya menangis…awak tulis dalam surat tu yang awak kenal saya…kita satu sekolah dulu,salah sebuah sekolah agama kat Kota Kinabalu cuma lain kelas je…awak tanya saya,kenapa saya berubah seteruk tu?tudung labuh, saya tinggalkan…pergaulan saya tak terjaga…awak suruh saya bertaubat balik seperti saya yang dulu dan awak tanya mana saya yang dulu?awak kata itu bukan penyelesaian kepada masalah dan awak kata ujian tu kan tanda kasih sayang Dia kat saya…saya tak dapat tahan air mata saya masa tu…awak…awak dah sedarkan saya dari terus menzalimi diri ni…saya malu pada awak, dan juga diri saya sendiri…Betapa sayangnya Dia kat saya…Dia temukan saya dengan awak di saat saya menjauhi Dia…Dia kurniakan saya hidayahNya lagi di saat saya menzalimi diri saya sendiri….
Lepas tu saya bertekad nak berubah balik…saya dah pakai tudung labuh balik…kawan-kawan lelaki saya pun saya dah tak layan sangat dah…saya nak jadi macam awak…jaga pandangan,jaga pergaulan…sedikit demi sedikit saya mula lupakan masalah yang menghantui saya selama ni…kehadiran awak dalam hidup saya terlalu bermakna buat saya…kakak awak pun banyak tolong saya balik ke pangkal jalan…lepas tu saya mula kenal dengan perjuangan…masa tahun akhir kita kat universiti,kakak awak kata awak nak ambil saya sebagai sayap kiri perjuangan awak…saya terkejut dan bersyukur sangat masa tu…Tapi saya tak sangka seminggu sebelum hari bahagia tu awak kemalangan…masa tu awak dalam perjalanan nak ke Tambunan untuk satu program dakwah kat sana…awak pergi tinggalkan saya masa dalam perjalanan nak ke hospital…masa tu saya rasa kosong sangat…saya terkaku…tapi saya tahu Dia lebih sayangkan awak sebab tu dia ambil awak dulu dan saya tahu awak mesti bahagia kat sana…Tapi wak…sampai ke saat ni saya belum terbuka hati kat sesiapa pun, wak…sebab saya tak pernah lagi jumpa lelaki sebaik awak…saya berdoa setiap hari,wak…saya harap sangat saya bertemu lelaki sebaik awak satu hari nanti….amin….

PERHATIAN!!!

Salah seorang pejuang Palestin itu tiba-tiba terlihat kelibat seseorang yang seolah-olah cuba menyelinap ke kawasan mereka. Dia mendiamkan diri sambil terus memerhati kelibat tadi. Mungkin dia ingin membunuh salah seorang daripada kami, fikirnya. Dia lantas membisikkan sesuatu kepada sahabat seperjuangan di sebelahnya. Sejenak itu, satu das tembakan meluru ke arah kelibat tadi. Lalu kelihatan kelibat tadi lari menyelamatkan diri. Ternyata kelibat itu adalah seorang pemuda Israel. Dua sahabat itu lantas mengejarnya . Tiba di satu jalan mati, kelibat itu tiba-tiba ghaib begitu sahaja. Dua sahabat tadi menjadi binggung. Baru sahaja beberapa tapak mereka meninggalkan tempat itu tiba-tiba satu suara halus berkata “ tiada apa yang boleh dilakukan kepada yahudi ini selain dia dibunuh…” Kedua pemuda itu menoleh mencari arah suara tadi,namun tiada siapa yang kelihatan. Seketika mereka ingin melangkah lagi, suara halus itu sekali lagi menyeru mengulangi kata-kata yang sama. Bila mereka amati rupanya suara itu datangnya dari sebatang pohon yang ada di situ. Rupa-rupanya pemuda Israel tadi bersembunyi di sebalik pohon itu. Lalu akhirnya, matilah pemuda Israel itu dibunuh dua sahabat tadi.
(Cerita ini diadaptasi dari Mastika keluaran Mac)

Bukankah sudah dicatatkan bahawa salah satu petanda kiamat yang besar tatkala pohon berkata-kata kerana tidak ingin melindungi orang-orang yahudi lagi? Jika cerita ini adalah benar maka kita seharusnyalah meningkatkan lagi amal kita selagi kita masih ada masa…maka kita harus perbaiki segala kesilapan kita selagi kita masih boleh melakukannya….Sesungguhnya hari itu memang semakin menghampiri kita,umat akhir zaman ini…Namun ,biar pun ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang menyedarinya..Ada yang masih terkinja-kinja…ada yang masih leka dengan dunia buatannya…Malah, tidak kurang juga yang sedar tetapi masih lagi alpa…MASIH LAGI MEMENTINGKAN KEDUNIAAN…MASIH LAGI MENGEJAR NAMA…ATAU MUNGKIN JUGA ADA YANG MENYANGKA DIRI TELAH CUKUP AMALNYA?
Bangkitlah dari tidur yang lena sahabat! Hidup ini bukannya panjang…Dunia ini semakin tua….Kurangkan dosa,tingkatkan pahalamu….Semoga kita semua dijauhkan dari azab nerakaNya di akhirat kelak,amin….